Kedatangan Tun disambut dengan kumpulan kompang dan bunga manggar. Rektor UIAM Tan Sri Sanusi Junid mengepalai kumpulan sambutan. Tun kemudiannya dibawa menerima tabik hormat dari pasukan seragam UIAM.
Tun diringi masuk ke dalam lobi CAC dan disambut oleh barisan Pelajar pelajar UIAM yang terdiri dari berbagai negara. Masing masing begitu teruja dan mengambil kesempatan untuk merakamkan peristiwa melalui handset/kamera masing masing.
TDM nampak cool sahaja dan senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
Barisan Pelajar UIAM beratur menyambut Tun. Masing masing mengambil kesempatan untuk mengambil gambar Tun.
Tun diiring ke meja khas untuk menandatangani Buku Pelawat. Kemudiannya Tun dibawa masuk kedalam Bilik Tamu.
Antara Bloggers yang kelihatan dalam video ialah Sheikh "Kickdefella", "Black in Korea" dan jurugambar dari Mycen.
Ketika ini terdengar saorang wanita berkata kepada rakannya. " Inilah dia Pemimpin Islam yang sebenarnya"
Setelah lebih kurang 5 minit dalam Bilik tetamu, Tun diiring masuk kedalam Dewan. Protokol diketepikan apabila ramai yang mengambil kesempatan untuk berjabat tangan dan mencium tangan Tun, termasuk lah hamba sekali.
Sepanjang langkah, senyum tidak pernah tinggal dari bibir Tun. Pelajar pelajar UIAM melambai lambai tangan kepada Tun dari ruang atas dan dibalas dengan lambaian oleh Tun.
Apabila Tun masuk ke dalam Dewan Besar, (pada pandangan hamba) Tun sepatutnya terus ke pentas tetapi telah di "hijack" oleh Pak Arab dari Saudi untuk hampir ke ruang pameran mereka. Pada waktu ini hadirin dalam dewan rami tak sedar akan ke hadiran Tun. Apabila imej Tun keluar dalam skrin besar. maka tepukan gemuruh pun kedengaran.
Didalam kemah yang besar lebih kurang 10' x 10' Tun dikerumuni oleh pelajar UIAM . Rasa kesian tengok Tun sebab tak banyak ruang untuk bergerak. Tapi apa nak buat sebab semua orang berebut untuk menghampirinya.
Keluar dari kemah, Tun sekali lagi dikerumuni. Tun kemudiannya dihadiahkan dengan beberapa jilid buku.
Tun sepatututnya sudah naik ke pentas, tetapi Pak Arab ini terus menarik Tun ke bahagian luar kemah (only one minute, only one minute) di mana di atas sekeping permaidani ada disediakan ruang duduk. (lihat gambar minaq-jinggoi untuk lebih jelas) Tun di "suruh" duduk (apabila imej Tun duduk di permaidani ini dipamirkan melalui skrin besar, tepukan gemuruh berkumandang di udara) dan dihidangkan dengan segelas air zam zam dan menjamah sebutir tamar.
Sekali lagi keadaan menjadi haru biru kerana Tun dikerumuni menyebabkan ruang Tun bergerak amat terbatas. Seketika kelihatan Tun agak kepenatan kerana keadaan ini. Sila lihat gambar minaq_jinggo yang menunjukkan pak Arab sedabg bersantai di atas permaidani dan bayangkan kawasan yang sebegitu lapang menjadi sebegitu kecil apabila Tun keremuni.
Tun diperkenalkan kepada sesaorang (kurang pasti siapa) dan kemudiannya Tun dilihat menandatangani Buku Pelawat.
Tun kemudiannya diiringi ke pentas dan temukan gemuruh dan siulan kedengaran beberapa kali.
Sebaik sahaja upacara tamat dan Tun turun dari pentas, para hadirin mula menerumuni Tun. Perjalanan yang tidak berapa jauh dari tangga pentas ke pintu besar menjadi tersekat sekat kerana masing masing ingin menghampiri Tun. Pengumuman yang dibuat oleh Juruacara Majlis mengenai acara berikutnya tidak diendahkan kerana masing masing sibuk mengerumuni Tun
Pasukan keselamatan yang terdiri dari Pegawai pegawai Keselamatan UIAM (yang berbaju hijau) dan Pelajar Pelajar UIAM (yang berbaju biru seperti Polis) menghadapi kesulitan untuk membuka jalan untuk Tun. Ada di antara mereka terpaksa menggunakan "kekerasan" dengan menolak dengan kuat mereka yang berada di hadapan untuk untuk membuka laluan bagi Tun.
Beberapa pelajar lelaki dilihat membelek belek baju kot masing masing kerana ada yang koyak dan ada yang tertanggal butang. Tapi muka masing masing tersenyum, seolah olah ianya suatu penghormatan. Beberapa pelajar wanita Melayu UIAM yang telah berjaya menghampiri Tun kelihatan tersenyum keriangan seolah olah baru sahaja berjumpa dengan seorang artis :)
Sepanjang perjalan hingga ke kereta, langkah langkah Tun tersekat kerana ada sahaja yang menghampiri Tun untuk berjabat tangan dan mendapatkan autograf Tun. Sehinggag Tun masuk ke dalam kereta pun masih ada lagi yang mengerumuni kereta Tun untuk mengambil gambarnya. Masing masing agak keberatan untuk membenarkan kereta Tun bergerak seolah olah tidak rela membenarkan Tun meninggalkan UIAM.
Itulah Tun, seorang pemimpin yang masih lagi dihormati dan disayangi walaupun sudah "hilang kuasa"
Semuga Allah sentiasa merahmati dan memnberkati hidup Tun. Amin